suria

Berang selalu diejek tiada anak, lelaki nekad bunuh jiran

Suspek ditahan kerana didakwa membunuh jirannya. Foto Polis Lampung Utara

GARA-gara sering diejek belum mempunyai anak, seorang lelaki berusia 30 tahun nekad membunuh seorang jirannya.

Suspek dikatakan berang dengan sikap mangsa berusia 58 tahun.

Susulan itu, suspek ditahan pada Isnin lalu.

Kejadian berlaku di Lampung Utara di Sumatera, Indonesia.

"Ada kata-kata yang dikeluarkan mangsa membuatkan suspek berasa sakit hati, sehingga dia nekad melakukan perbuatan tersebut," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Lampung Utara, Inspektor Stefanus Reinaldo Fajar Nuswantoro Boyoh, pada Rabu.

Berdasarkan siasatan, Stefanus berkata, polis menahan suspek yang ketika itu berada di Kampung Tanjung Aman, Lampung Utara, pada Isnin.

Hasil siasatan turut mendapati suspek mengakui membunuh jirannya, namun tidak menyesal melakukan perbuatan itu.

Suspek berdepan dengan beberapa pertuduhan iaitu membunuh dan melakukan kekerasan yang menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan dan membunuh adalah salah di sisi undang-undang. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain