SEORANG wanita ditemukan maut dengan tangan diikat menggunakan tali rafia dalam lubang saluran air berkedalaman 100 meter di Jambean, Jogjakarta, Indonesia, pada Selasa. Menurut Ketua Polis Bantul, AKP 1 Nengah Jeffry, mangsa merupakan seorang pesakit mental dan mengalami masalah kemurungan yang berusia 56 tahun. Katanya, berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih tiga hari. Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada mangsa dibunuh atau terjatuh ke dalam lubang berkenaan. Ia berikutan, tangan mangsa diikat adiknya yang berusia 52 tahun bagi mengelakkan mangsa mencederakan kambing peliharaan jiran tetangga. - Detik News Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube