suria

Ajak jumpa dekat hospital, doktor rogol pelajar kolej dalam kereta

Mangsa rogol berdepan trauma berpanjangan yang boleh menjejaskan kehidupan mereka. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar kolej berusia 21 tahun membuat laporan polis selepas mendakwa dia dirogol oleh seorang doktor.

Menurut mangsa, doktor berkenaan bertugas di sebuah hospital awam di Junagadh, India.

Dalam aduan yang difailkan, gadis itu menuduh doktor tersebut merogolnya di dalam sebuah kereta pada 21 Mei.

Mangsa mendakwa dia dihubungi oleh doktor itu untuk bertemu dengannya di satu lokasi berhampiran hospital.

Semasa bercakap, tertuduh menarik gadis itu masuk ke dalam keretanya.

Dia kemudian mendakwa dirogol oleh lelaki itu di dalam kereta.

Pelaku turut mengugut untuk membunuh mangsa sekiranya dia tidak mengunci mulut.

Polis kini sedang memburu doktor itu selepas dia melarikan diri. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan