PENEMUAN mayat seorang bayi lelaki pada Sabtu lalu mengejutkan penduduk di sebuah kampung. Bayi itu ditemukan tertimbus dan dibalut dengan tuala merah. Kejadian berlaku Desa Cidahu, Kecamatan Cidahu, Kabupaten Sukabumi di Jawa Barat, Indonesia. Penemuan ngeri itu pada kira-kira pukul 4.15 waktu tempatan di kawasan tarikan pelancong Curug Dua Undak, di Kampung Ciherang. Ketua Polis Cidahu, AKP Akhmad Suryana Bande berkata, pada awalnya, seorang wanita yang berniaga di sebuah warung dekat lokasi kejadian terhidu bau minyak. Selepas terhidu bau yang mencurigakan, wanita itu mendapati terdapat bunga ditabur di lokasi itu. Dalam perasaan ingin tahu dan ketakutan, wanita itu segera melaporkan mengenai perkara tersebut kepada penduduk setempat. "Apabila kawasan tanah yang diktakan itu digali pada kedalaman sekitar 10 sentimeter, mereka menemukan mayat bayi lelaki dibalut dengan tuala merah," kata AKP Akhmad Suryana pada Ahad. Susulan menerima laporan daripada penduduk, polis segera menjalankan siasatan di lokasi kejadian termasuk mendapatkan bukti yang ditemui. Mayat bayi itu dibawa ke hospital untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan membantu siasatan polis. Sebagai peringatan, perbuatan membuang atau membunuh mayi adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube