PENDUDUK setempat digemparkan dengan seorang wanita berusia 58 tahun yang maut akibat dijerut dengan kabel mikrofon. Mangsa ditemukan mati di kediamannya, pada tengah hari Ahad. Lebih memilukan, mangsa ditemukan oleh suaminya yang merupakan buruh binaan selepas pulang dari kerja. Kejadian berlaku di Wonogiri II Kelurahan Kelapa 7 di Jawa Tengah, Indonesia. "Ketika mangsa ditemukan, barang kemas milik mangsa hilang," kata Herwanto, ketua penduduk setempat. Polis tiba di lokasi kejadian dan mengumpul bahan bukti. "Ada seorang maut, iaitu wanita. Mangsa disyaki dibunuh kerana lehernya dijerut kabel ketika mayatnya ditemukan," kata Ketua Polis Bandaraya Kotabumi, Inspektor Kolin Jamhari Juhdi. Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat. "Kami sedang menjalankan siasatan lebih mendalam berhubung kejadian ini," kata Kolin. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube