suria

Ikat bayi dalam plastik merah, buang di kawasan kampung! Wanita malu lahir anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan abang teksi

Bayi perempuan itu masih selamat meskipun dibuang di dalam plastik oleh ibu kandungnya sendiri.

SEORANG wanita tergamak membuang bayi yang baru dilahirkan gara-gara tidak mahu hubungan sulitnya terbongkar.

Menurut polis, wanita dari daerah Sumenep, Jawa Timur, Indonesia itu ditangkap selepas dia membuang bayinya pada 18 Jun lalu.

Bayi yang baru dilahirkan pada hari berkenaan dibalut dengan plastik berwarna merah sebelum dibuang di kawasan kampung di Desa Pabian.

Bayi perempuan itu ditemukan dalam keadaan sihat oleh penduduk kampung sebelum satu laporan polis dibuat yang membawa kepada penahanan ibunya.

"Motif buang bayi kerana dia malu bayi itu hasil hubungan terlarang,” kata seorang anggota polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk cuak jumpa bungkusan bergerak, rupanya bayi! Ditinggalkan ibu bersama sepucuk surat

Pelaku merupakan pekerja gerai, manakala kekasihnya bekerja sebagai pemandu teksi motosikal dalam talian (ojol).

Meskipun belum berkahwin, wanita itu mengaku menjalinkan hubungan intim seperti suami isteri dengan lelaki tersebut sejak tahun lalu.- Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain