suria

Kerap ganggu wanita, ‘stalker’ dikenali sebagai Mohd Zakir mati dibunuh

Perbuatan menghendap boleh memberi kesan emosi terhadap mangsa-mangsanya. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 28 tahun mati dibunuh selepas dia berulang kali menghendap seorang wanita.

'Stalker' yang dikenali sebagai Mohd Zakir Ali itu dikatakan kerap mengganggu seorang wanita.

Wanita itu juga terpaksa berpindah rumah ekoran gangguan berterusan daripada Mohd Zakir.

Abang kepada wanita itu kemudiannya bertemu Mohd Zakir untuk memberi amaran, namun berlaku pergaduhan antara mereka.

Mohd Zakir juga dikatakan tidak serik apabila dia sekali lagi berkunjung ke rumah wanita itu walaupun telah diberi amaran.

Dia akhirnya ditemukan mati dibunuh pada awal pagi Jumaat.

Satu kes telah didaftarkan di bawah seksyen 302 (pembunuhan) Kanun Keseksaan India.

Kes sedang disiasat dan polis menamakan wanita itu sebagai suspek. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain