SEORANG lelaki memilih cara dengan berdiri di tepi jambatan sebuah lebuh raya sambil memegang plakad dengan harapan rakannya membayar semula wang yang dipinjamkannya. Menurut lelaki berusia 42 tahun itu, Tabraphon Wattanaprapakorn, dia mengenali rakan wanitanya yang berusia 30-an selama beberapa tahun. Namun suami dan ayah wanita itu dikatakan terlantar sakit akibat kemalangan sehingga dia mengalami masalah kewangan. Keadaan tersebut memaksa rakannya itu meminjam wang sebanyak 961,500 baht (RM123,442) daripada Tabraphon. Kejadian berlaku di Chachoengsao, Thailand. Atas dasar hubungan persahabatan dan kebaikan wanita itu, Tabraphon tidak meminjamkan sejumlah wang tersebut. Wanita itu turut berjanji untuk membayar semula dengan kadar faedah sehingga 20 peratus. Dia bagaimanapun gagal untuk melunaskan hutang dan sering memberikan pelbagai alasan. Lebih memburukkan keadaan, wanita itu juga mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tabraphon. Bagaimanapun, atas desakan untuk membiayai kos rawatan jantung salah seorang daripada dua anak perempuannya, Tabraphon sanggup menebalkan muka dengan membuat rayuan secara terbuka supaya wanita itu membayar hutangnya. Dia berbuat demikian dengan harapan tindakannya itu mendapat perhatian daripada si penghutang. "Kepada penghutang, saya rayu kamu untuk bayar 961,500 baht (RM123,442) yang kamu berhutang. "Keluarga saya menderita kepada tindakan anda. Bagaimana kamu boleh menyeksa keluarga kami? Masa depan dan pendidikan anak-anak saya terjejas kerana kamu," katanya menerusi tulisan pada plakad yang dipegangnya. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube