suria

Gempar pemuda ditemukan mati tergantung di ‘flyover’, pesanan terakhir cetus tanda tanya

Operasi mengangkat mayat pemuda yang ditemukan tergantung. Foto Agus Warsudi

PENDUDUK setempat digemparkan dengan penemuan seorang lelaki yang ditemukan tergantung di sebuah jejambat (flyover), pada Jumaat.

Misteri penemuan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas apabila orang ramai mahu melihat mayat mangsa yang tergantung.

Mangsa turut dikatakan menulis pesanan terakhir sebelum menggantung diri.

Kejadian berlaku di Jejambat Cimindi, Kecamatan Andir, Kota Bandung di Indonesia.

Pegawai Penyelia Polis (Pawas), Inspektor Ano Somarno berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai berhubung mayat seorang lelaki yang ditemukan tergantung di Jejambat Cimindi pada pagi Jumaat.

Anggota bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa dalam keadaan tergantung yang diikat dengan seutas tali. Mangsa ditemukan lengkap berpakaian dan memakai kasut.

Pasukan polis kemudian memindahkan mayat mangsa sebelum dihantar ke hospital.

Dalam pada itu, mangsa menulis meminta untuk dibawa ke sebuah hospital kerana ibu bapanya bekerja di hospital tersebut.

"Sila bawa saya ke Hospital XXXXXXXXX. Ibu bapa saya bekerja di sana. Encik XXXXXX XXXXX dan Puan XXXXXX XXXXXXX," katanya.

Pesanan yang ditulis pada sekeping kadbod itu ditemui berhampiran lokasi mangsa tergantung.

Sebagai peringatan, perbuatan membunuh diri adalah haram dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -OkeNews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain