suria

Penolong guru besar hilang 13 hari ditemukan mati dalam kereta bawah jambatan... Perwatakan mangsa jadi bualan

Kematian mengejut Ruchakom mencetuskan tanda tanya masyarakat.

KEHILANGAN penolong guru besar selama 13 hari terjawab apabila dia ditemukan tidak bernyawa dalam kereta miliknya di bawah jambatan.

Mangsa dikenali sebagai Ruchakorn Jaisanti, 43, dilaporkan hilang sejak 16 Jun bersama kereta jenis Toyota Vios berwarna perak.

Ruchakom atau senang disapa Bank berkhidmat sebagai penolong guru besar di San Pa Yang Nom School dan pemangku guru besar di Wat Chammathewi Kindergarten di Lamphun, Thailand.

Pihak polis ketika ini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) selain mengumpul bukti lain di sepanjang laluan yang disyaki dilalui Ruchakorn.

Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca kematian dan sekiranya terdapat unsur jenayah, dalam kejadian di Chiang Mai, Bangkok, Thailand itu.

Mayat Ruchakom disahkan identitinya oleh isteri yang dikenali sebagai Tan.

"Hampir dua minggu dia (Rucahkom) menghilangkan diri. Tak tahu ke mana dia pergi dan apa yang berlaku ke atas dirinya. Tak sangka keadaanya jadi begini.

"Ruchakom merupakan seorang yang sangat penyayang, kami mahu jawapan segera," ujar Tan.

Dalam pada itu, rakan sekerja Ruchakom di San Pa Yang Nom School turut menceritakan serba sedikit tentang perwatakan mangsa.

"Sepanjang tempoh pencarian Ruchakom, kami berharap untuk mendapatkan pengakhiran yang baik. Dia merupakan seorang guru yang sangat berdedikasi dan banyak berbakti kepada masyarakat.

"Kehilangannya sangat dirasai oleh kami semua," ujar rakan sekerja mangsa.

Sementara itu, bapa mangsa iaitu Chalerm mengesyaki tragedi yang menimpa Ruchakom mempunyai kaitan dengan situasi kewangan di sekolahnya.

"Ruchakom adalah orang yang berdisiplin, dia tidak minum arak, merokok dan berjudi. Dia dilantik sebagai pemangku guru besar apabila pengarah sekolah dikeluarkan daripada perkhidmatan.

"Ketika menyandang jawatan itu, Ruchakom ada meluluskan dana sebanyak 100,000 baht (RM12,800) bagi tujuan perbelanjaan sekolah tetapi disalahgunakan oleh pegawainya.

"Perkara itu meletakkan Ruchakom dalam keadaan yang amat tertekan," jelas Chalerm. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain