POLIS menahan teman lelaki kepada seorang wanita yang mayatnya ditemukan tergantung dari alang besi di Phnom Penh, Kemboja pada hujung minggu lalu. Terdahulu suspek dikatakan cuba melarikan diri ke Siem Reap, Kemboja. Suspek dikenali sebagai Chan Dalin, 23, bagaimanapun berjaya dicekup pada 28 Jun bagi membantu siasatan kes pembunuhan Suon Makara, 22, yang merupakan seorang penduduk tempatan wilayah Takeo. Chan mengaku membunuh teman wanitanya atas faktor cemburu dengan mencekik mangsa. Mayat Suon ditemukan oleh bapanya yang datang memeriksa kerana risau anaknya tidak mengangkat panggilan telefon. Bapa mangsa pada tengah hari 23 Jun pergi ke bilik anaknya di aras pertama sebuah kediaman berhampiran Jalan 287 di Sangkat Boeung Kak I, Khan Toul Kork, Namun pintu bilik mangsa berkunci dan bapanya terpaksa memecah masuk. Ketika itu bapa mangsa melihat di depan mata mayat Suon tergantung dari alang besi. Menurut saksi yang merupakan penduduk setempat, mereka melihat mangsa dan seorang lelaki naik bersama ke tingkat atas dan kemudiannya memasuki bilik yang berkunci itu. - The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube