suria

Disangka penukul, warga emas ‘tersilap’ guna bom tangan selama 20 tahun

Bom tangan digunakan seorang warga emas menjadi bualan hangat netizen.

ANCAMAN bahaya boleh datang tanpa disangka-sangka.

Begitulah kisahnya apabila seorang warga emas secara tidak sengaja menggunakan sebutir bom tangan sebagai penukul selama 20 tahun.

Nenek yang kini berusia 90 tahun itu menemukan bom tangan tersebut ketika bekerja di kebunnya di Hubei, China.

Wanita itu menyangka bom tangan tersebut adalah sebuah penukul berdasarkan reka bentuknya.

Bagaimanapun, pada 23 Jun lalu, pekerja pembinaan yang ditugaskan untuk merobohkan rumahnya menemukan 'penukul' digunakan nenek tersebut.

Mereka terus menghubungi pihak berkuasa, kemudiannya unit pemusnah bom dihantar ke lokasi kejadian.

Menurut laporan akhbar tempatan, bom tangan itu adalah jenis Type 67.

Terdapat spekulasi di media sosial bahawa bom tangan itu mungkin digunakan untuk tujuan latihan dan tidak mengandungi bahan letupan. - Must Share News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain