suria

Gadis maut selepas terima rawatan buah pinggang, doktor terkejut jumpa kandungan tak bernyawa dalam rahim!

Mangsa tidak memaklumkan keluarga yang dia sedang hamil tujuh bulan. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar universiti disahkan maut selepas menerima rawatan penyakit buah pinggang pada awal Mei lalu.

Menurut laporan, mangsa yang menggunakan nama samaran Lili, 23, pulang ke kampung halamannya bagi menyambut perayaan Tahun Baharu Cina bersama keluarga di wilayah Nanyang, China.

Jelas ibu bapa Lili, mereka terkejut melihat penampilan anaknya yang semakin gempal serta mengalami kesukaran bernafas, perkara itu membuatkan mereka risau dengan tahap kesihatan mangsa.

Tambah bapa Lili yang dikenali sebagai Pang, tidak lama kemudian anaknya mengadu sakit perut, maka dia pun membawa mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Rakyat Dengzhou, China.

Doktor mengesahkan Lili mempunyai masalah buah pinggang dan perlu menerima rawatan menyeluruh termasuk terapi hormon dan ubat untuk merawat jangkitan.

Namun keadaan kesihatan Lili yang semakin merosot sehingga tidak sedarkan diri pada awal Februari menyebabkan mangsa terpaksa dipindahkan ke Hospital Rakyat Pertama Nanyang, China.

Hasil rawatan lanjutan menunjukkan mangsa sebenarnya sedang hamil tujuh bulan dan bayinya sudah tidak bernyawa.

Ekoran mengalami komplikasi selepas melakukan pembedahan mengeluarkan janin, Lili disahkan meninggal dunia.

Lebih menyedihkan, keluarga Lili berkata pihak mereka tidak menyedari mangsa sedang hamil kerana saiz badannya yang besar.

Insiden terbabit mendorong Pang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak hospital kerana didakwa cuai membuat diagnosis yang tidak tepat dan rawatan yang salah.

Bagaimanapun pada awal Jun lalu, pihak Suruhanjaya Kesihatan di Dengzhou memberitahu siasatan lanjut akan dilakukan bersama badan Pemeriksaan Disiplin dan Keselamatan Awam bagi menyelesaikan kes itu. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain