MISTERI suara wanita ketawa dari bumbung sebuah masjid mencetuskan tanda tanya. Bunyi suara ketawa tersebut dapat didengari oleh penduduk kampung. Ramai yang menyangka ia adalah bunyi 'hantu ketawa' sehingga menakutkan mereka. Kejadian aneh itu berlaku di Desa Cikampek Timur, Kecamatan Cikampek, Kabupaten Karawang. Misteri suara ketawa itu akhirnya terungkai apabila terdapat seorang wanita yang terbaring di atas bumbung. Perkara itu disahkan Pegawai Sosial Masyarakat (PSM) Kampung Cikampek Timur, Endah Oktaeni pada Khamis lalu. Endah berkata, pemindahan itu dilakukan selepas penduduk melaporkan bunyi suara ketawa dan selepas diperiksa terdapat seorang wanita dipercayai mengalami gangguan mental, berada di atas bumbung masjid berkenaan. "Hasil semakan kami, dia memang mengalami masalah mental. Kemudian kami pindahkan dan bawa ke pejabat," katanya. Wanita itu kemudian dimandikan dan diperiksa di Pusat Kesihatan Masyarakat dengan bantuan Unit Polis Perkhidmatan Awam Daerah (Pol PP). "Keadaannya kini sudah dimandikan dan dibawa ke Pusat Kesihatan Masyarakat dengan bantuan Pol PP mukim," katanya. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube