GARA-GARA berhenti bercium di tepi pantai, seorang wanita berusia 20 tahun hanyut ditelan ombak besar manakala kekasihnya terselamat. Tragedi dahsyat itu berlaku di bandar pantai Sochi di selatan Rusia. Semasa kejadian, pasangan kekasih dari Lipetsk itu sedang berciuman sebelum satu ombak besar menghempas ke arah mereka. Kedua-duanya kelihatan bergelut untuk bertahan di dalam laut sebelum wanita terbabit dihanyutkan. Panik dengan situasi yang melanda, lelaki terbabit cuba menyelamatkan kekasihnya, namun usaha yang dilakukan itu sia-sia. Terdahulu, video rakaman kejadian dirakam oleh orang ramai sebelum dimuat naik ke laman X. Polis tempatan menyatakan, selepas tiga hari pencarian, wanita itu masih belum ditemui dan dianggap sudah meninggal dunia. - Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube