suria

Nenek bongkar kematian cucu, sedih mangsa didera lepas tumpahkan air

Kanak-kanak sering menjadi mangsa penderaan. -Gambar hiasan

GARA-GARA tidak mengaku menumpahkan segelas air, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut didera ibu dan ayah tirinya.

Kejadian tersebut berlaku di Kediri, Indonesia.

Menurut Ketua Polis Kediri, AKBP Bimo Ariyanto, pasangan suami isteri terbabit didapati melakukan kekerasan dan penganiayaan terhadap mangsa pada Sabtu sekitar pukul 7 malam.

"Ibu kandungnya mencubit dan menampar pipi mangsa manakala ayah tirinya memukul perut, dada dan kepala dengan sangat kuat," katanya.

Ujar beliau, akibat daripada tindakan tersebut, mangsa mengalami pendarahan dalaman dan maut di tempat kejadian.

Tambahnya, kedua-dua mereka yang panik dengan situasi tersebut bertindak mengebumikan mayat mangsa di sebelah rumah yang didiami.

Katanya lagi, kejadian tersebut terbongkar selepas nenek mangsa berasa curiga apabila dia tidak hadir bersama kedua ibu bapanya.

Dia kemudian melaporkan perkara tersebut kepada ketua kampung yang kemudiannya membuat laporan polis.

Kedua-dua mereka berhadapan hukuman penjara sehingga 20 tahun. - Detik News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain