suria

Ajaib! Induk jantan ular sawa lahirkan 14 ekor anak walau tidak mengawan

14 ekor ular sawa yang dilahirkan induk jantan.

PENSYARAH dan pelajar di Kolej City of Portsmouth di selatan England dikejutkan dengan kelahiran 14 ekor anak ular sawa daripada induk jantan.

Bukan itu sahaja, ular sawa pelangi Brazil yang berusia 13 tahun dan berukuran kira-kira 1.83 meter tersebut dipercayai tidak pernah mengawan sejak sembilan tahun lalu.

Memetik laporan CBS News, kejadian tersebut disedari Pakar Penjagaan Haiwan Amanda McLeod yang melakukan pemeriksaan rutin di makmal.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar! Petugas ibadah korban jumpa dua janin dalam perut lembu jantan

Mengulas mengenainya, Peter Quinlan, pakar herpetologi di City College of Portsmouth, berkata dia telah menternak ular selama 50 tahun dan tidak pernah menghadapi situasi luar biasa seperti itu.

“Ronaldo kelihatan lebih gemuk daripada biasa. Dia seperti sedang makan besar. Tetapi kami tidak pernah terfikir bahawa dia sedang bunting, "kata Quinlan.

Walaupun 14 ular kecil itu semuanya kelihatan seperti Ronaldo, namun garisan setiap anak ular adalah berbeza sedikit.

Jantinanya juga masih dalam penentuan.

Pada masa ini kesemunya disimpan di dalam kotak pembiakan yang berasingan sehingga kolej mendapatkan 'rumah baru'.

Quinlan seterusnya menjelaskan bahawa kelahiran ajaib itu adalah perkara yang sangat sukar untuk berlaku.

Malah secara saintifiknya, kelahiran jenis ini dipanggil parthenogenesis iaitu satu bentuk pembiakan aseksual di mana embrio berkembang tanpa persenyawaan.

Dalam pada itu dia turut menyatakan, tempoh kehamilan ular sawa adalah kira-kira enam bulan selepas mengawan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain