suria

Padah ganggu isteri orang, hantar video porno... Lelaki maut disabit dua individu

Mangsa ditemukan maut di halaman rumahnya.

SEORANG lelaki maut disabit selepas didakwa mengganggu wanita yang telah bersuami.

Mangsa yang berusia 29 tahun ditemukan maut di halaman rumahnya di daerah Pasuruan, Jawa Timur, Indonesia pada Rabu sekitar pukul 12 tengah malam.

Memetik laporan Kompas, mangsa disabit oleh dua lelaki, masing-masing berusia 26 dan 27 tahun yang berasal dari Sampang.

Ketua Polis Beji, Komisioner Yokbeth Wally berkata, kejadian berlaku selepas kedua-dua suspek membaca status media sosial wanita terbabit yang merupakan adik kandung mereka.

Ia berikutan wanita berkenaan meluahkan rasa takut akibat sering diganggu oleh mangsa.

"Adik perempuan mereka sering diganggu oleh mangsa selain turut diberikan video porno," katanya pada Jumaat.

Tambahnya, kedua-dua suspek yang berang dengan keadaan tersebut bertindak menganiaya mangsa dengan menyabit seluruh badan sehingga mengalami kecederaan parah di kaki, tangan dan pipi kiri.

Katanya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan kedua-dua suspek mengaku melakukan jenayah tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain