suria

Lelaki umur 50 tahun rogol bayi, pukul sampai mati... Beri alasan serabut dengar tangisan

Pengambilan dadah boleh menyebabkan seseorang bertindak di luar batasan akal. -Gambar hiasan

SEORANG bayi berusia setahun sembilan bulan maut selepas didera secara seksual dan dipukul oleh jirannya yang berusia 50 tahun.

Suspek, dikenali sebagai Pichit, memaklumkan kanak-kanak itu tidak sedarkan diri sejak terjatuh di kawasan tangga pada 6 Julai.

Namun, ibu saudara mangsa meragui kisah itu sebelum pihak hospital mengesahkan mangsa sebenarnya dipukul dan dirogol.

Mangsa dimasukkan ke Hospital Nakhon Nayok, Thailand, dalam keadaan koma.

Mangsa turut mengalami pendarahan otak dan lebam pada badan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa ‘tebuk’ anak tiri, abang pula ajak kawan rogol adik! Tiga lelaki durjana cabul budak 12 tahun

Mangsa dijaga oleh saudaranya selepas ibu bapanya berpisah.

Ketika ibu saudaranya keluar bekerja, mangsa ditinggalkan bersama jirannya.

Polis menahan Pichit pada 9 Julai.

Pada mulanya dia menafikan dakwaan itu, namun akhirnya mengaku memukul mangsa kerana rimas mendengar tangisannya.

Dia turut mengaku merogolnya kerana rangsangan seksual selepas mengambil pil methamphetamine. -Thaiger.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain