suria

Lebih setahun bapa bebas rogol anak, paksa ambil suntikan cegah hamil... Kalau bongkar rahsia ugut bunuh, ceraikan ibu

Mangsa rogol biasanya akan berdepan trauma berpanjangan dalam hidup mereka. -Gambar hiasan

SEBAGAI ketua keluarga, seorang bapa sepatutnya melindungi anak-anak daripada sebarang anasir jahat.

Namun, seorang lelaki bertindak sebaliknya apabila dia tergamak merogol anak kandungnya sendiri sejak lebih setahun lalu.

Kes di Jawa Tengah, Indonesia itu bermula pada Mac tahun lalu apabila si bapa mengajak anak gadisnya untuk pergi berjalan-jalan.

Lelaki itu kemudiannya membawa anaknya ke sebuah hotel dan memaksanya untuk melakukan hubungan seks.

Perbuatan keji itu berlarutan beberapa kali, malah mangsa turut diugut bunuh oleh bapanya, manakala ibunya pula akan diceraikan jika si anak mendedahkan tentang perkara ini.

Kes ini berlarutan sehingga Jun 2024, namun ia terbongkar apabila mangsa akhirnya membuat laporan polis.

Dalam laporannya, mangsa mendakwa dia dipaksa oleh bapanya untuk mengambil suntikan KB, satu suntikan untuk mencegah kehamilan.

Dakwanya lagi, dia dipaksa mengambil suntikan itu sebanyak enam kali.

Bapanya mengaku atas jenayah itu dan berdepan hukuman penjara 15 tahun berdasarkan Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak negara berkenaan.

Sebagai peringatan, perbuatan sumbang mahram adalah haram dan ia ditegah dalam agama Islam. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain