suria

Dah 12 tahun kahwin, suami ‘tangkap’ isteri berbogel dalam bilik dengan kekasih gelap

Seorang lelaki menangkap isterinya yang sedang berdua-duaan dengan lelaki lain.

SEORANG wanita 'ditangkap' oleh suaminya ketika dia sedang berdua-duaan dengan lelaki lain di sebuah kediaman.

Dalam serbuan pada Selasa, wanita Indonesia itu ditangkap dalam keadaan sedang berbogel dengan kekasih gelapnya di dalam sebuah bilik tidur.

Berdasarkan pengakuan, wanita berusia 34 tahun itu berkata dia dan suaminya tidak mempunyai masalah kewangan.

Sebalikya, dia menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain kerana tidak mendapat perhatian penuh daripada suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘ditangkap’ separuh bogel atas katil bersama perempuan lain! Isteri lepas geram, tampar penyondol berkali-kali

Umur wanita itu sebaya dengan suaminya, manakala kekasih gelapnya berusia 40 tahun.

Suami wanita itu kemudiannya membuat satu laporan ke atas kedua-dua individu itu atas tuduhan berzina, menyebabkan mereka kini disiasat oleh Polis Mojokerto.

Untuk rekod, pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga sejak 12 tahun lalu dan turut mempunyai cahaya mata.

Sebagai peringatan, perbuatan wanita itu adalah haram dan ditegah dalam Islam. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain