PENDUDUK sebuah kampung digemparkan dengan insiden pembunuhan seorang wanita, pada awal pagi. Mangsa merupakan ahli perniagaan berusia 28 tahun. Bekas suami mangsa berusia 33 tahun didakwa melakukan pembunuhan itu. Kejadian itu berlaku di Desa Sawangan, Kecamatan Punggelan, Kabupaten Banjarnegara di Jawa Tengah, pada Rabu. Jurucakap Polis Banjarnegara Aipda Yulian Helmy Abdurrahman berkata, insiden berlaku di rumah abang mangsa kira-kira pukul 5 pagi. "Kita menerima laporan di Polis Banjarnegara melalui Polis Punggelan," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu. Menurut Yulian, polis menahan suspek yang berada di salah sebuah rumah penduduk, berhampiran dengan lokasi kejadian. Polis juga menemui bahan bukti antaranya objek tajam yang didakwa digunakan suspek untuk mencederakan mangsa. Pada masa ini, polis masih menjalankan siasatan mengenai motif pembunuhan dan mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat. Sebagai peringatan, perbuatan keganasan dan membunuh adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -AGENSI Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube