suria

Kejutan hari jadi berakhir tragedi, pelajar maut terkena renjatan elektrik selepas dicampak ke dalam kolam

Fajar (gambar kecil) maut terkena renjatan elektrik selepas dicampak ke dalam kolam oleh rakan-rakannya. -Foto viva.co.id

SEORANG pelajar sekolah menengah atas (SMA) Negeri 1 Cawas, daerah Klaten, Jawa Tengah, Indonesia maut akibat terkena renjatan elektrik selepas dicampak ke dalam kolam di sekolahnya, Isnin lalu.

Lebih menyedihkan, mangsa yang dikenali sebagai Fajar Nugroho, 18, meninggal dunia pada hari ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada tanggal 8 Julai.

Fajar yang merupakan pengerusi OSIS (Organisasi Siswa Intrasekolah) di sekolahnya dicampak ke dalam kolam di hadapan kelas oleh rakan-rakannya, sebagai kejutan sempena hari lahirnya.

Memetik laporan media tempatan, mangsa pada mulanya dibaling dengan tepung oleh rakan-rakannya.

Tidak lama selepas itu, mangsa dicampak ke dalam kolam di hadapan kelasnya.

Ketika berada di dalam kolam, mangsa terkena renjatan elektrik menyebabkan dia sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia.

Jenazahnya selamat dikebumikan pada Selasa (9 Julai).

Ketua Polis Sektor Cawas, Pesuruhjaya Polis Umar Mustofa berkata, keluarga mangsa menganggap kejadian itu sebagai musibah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain