suria

Maut disedut enjin pesawat, mayat mekanik ditemukan dalam keadaan ngeri

Seorang mekanik maut 'disedut' dalam enjin pesawat. Foto @FlightModeBlog/Z

SEORANG lelaki maut dalam keadaan mengerikan selepas 'disedut' ke dalam enjin pesawat.

Ketika kejadian, mangsa sedang menjalankan penyelenggaraan rutin pada pesawat Boeing 737-500 milik syarikat penerbangan Varesh Airline.

Tragedi itu berlaku di lapangan terbang Chabahar Konarak di Iran ketika seorang mekanik cuba untuk mengambil peralatannya.

Memetik laporan Bild, salah satu enjin pesawat tersebut dihidupkan dengan penutup terbuka untuk ujian, apabila mangsa kembali melalui kawasan keselamatan bagi mengambil peralatannya yang tertinggal.

Semasa dia kembali ke enjin pesawat, mekanik itu tidak dapat menahan tarikan turbin yang menyebabkan mangsa disedut sehingga maut sebelum berlaku kebakaran.

Pasukan bomba lapangan terbang bergegas ke lokasi kejadian dan menemukan mayat mangsa.

Satu siasatan dilancarkan oleh pihak berkuasa penerbangan Iran. -AGENSI

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain