SEORANG bayi perempuan berusia 15 hari ditanam hidup-hidup oleh bapanya sendiri dalam satu kejadian di Sindh, Pakistan. Suspek yang dikenali sebagai Tayyab membuat pengakuan melakukan jenayah tersebut selepas ditangkap oleh pihak polis. Menurut media tempatan, Tayyab menanam bayinya kerana berdepan masalah kewangan menyebabkan dia tidak mampu membayar rawatan perubatan bayi perempuannya itu. Dalam laporan dibuat, suspek mengaku kepada polis yang dia memasukkan bayi itu ke dalam guni sebelum menanamnya. Susulan itu, hukuman mengikut undang-undang sudah difailkan terhadap Tayyab. Pihak berkuasa juga menunggu perintah mahkamah untuk menggali kubur bayi itu untuk pemeriksaan forensik dan prosedur bedah siasat. -AGENSI Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube