suria

Berlepas 8 malam, pukul 6 pagi baru sedar sesuatu tak kena... Rupanya pesawat Cessna terhempas di kawasan berkabus

Pasukan penyelamat berada di lokasi nahas sejak pagi Isnin.

TIGA individu maut berikutan nahas sebuah pesawat di McDowell, Carolina Utara pada Isnin.

"Ingatan dan ucapan takziah kami ditujukan kepada keluarga dan rakan-rakan mereka yang kehilangan nyawa dalam kejadian tragis ini," kata syarikat Airstar Aviation dalam satu kenyataan.

Pesawat Cessna itu terhempas di kawasan luar bandar di selatan Nebo di sepanjang Brackett Town Road berhampiran Vein Mountain Road.

Menurut pejabat Syerif Daerah McDowell, pesawat kecil dengan nombor ekor 2198G itu berlepas sekitar pukul 8 malam Ahad dari lapangan terbang di Mountain City, Tennessee, menuju ke Rutherfordton, Carolina Utara.

Namun, sehingga pukul 6 pagi Isnin barulah pihak berkuasa menyedari terdapat sesuatu yang tidak kena dengan pesawat itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat terhempas pukul 9.30 pagi, juruterbang dikenali sebagai Adam disahkan maut

Menurut pihak lapangan terbang, mereka dihubungi oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) yang mengatakan pesawat itu belum tiba di Rutherfordton.

Kemudian, responden pertama dari kedua-dua daerah McDowell dan Rutherford bergegas untuk mencari pesawat yang hilang.

Selepas mereka menemui lokasi nahas, kru memulakan usaha mencari dan menyelamat.

Penyiasat tidak menyatakan punca nahas itu, namun mereka berkata terdapat banyak kabus dan litupan awan di kawasan ia terhempas.

Penyiasat dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan dijangka tiba di Rutherford County pada pagi Selasa. - Yahoo News.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain