suria

Ibu tunggal dua anak ambil upah seks dicekik! Pelanggan bekas askar berang diminta bayar lebih

Suspek ditahan selepas menyerah diri pada 28 Jun. -Gambar hiasan

POLIS mengesahkan seorang wanita maut selepas dia dicekik di sebuah hotel ketika melakukan aktiviti seks bersama pelanggannya yang juga seorang bekas tentera.

Mangsa, Larissa Garcia, seorang pekerja seks berusia 30 tahun tidak sedarkan diri selepas dia diserang di Palms Resort, Las Vegas pada 12 Jun lalu.

Mangsa yang merupakan ibu tunggal dua anak diisytiharkan mati otak dan meninggal dunia di hospital seminggu selepas kejadian itu.

Menurut laporan, suspek iaitu Jason Kendall, 35, marah apabila mangsa menggertaknya dengan meminta bayaran wang tambahan dalam sesi seks di hotel itu.

Dokumen yang didedahkan menyebut suspek mencekik mangsa selama 10 minit sebelum melakukan seks dengannya.

Selesai hubungan seks, Kendall mengheret mangsa keluar dari bilik dan dia terus meninggalkan hotel.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap cium, peluk kanak-kanak ketika sesi latihan... Jurulatih tinju dipenjara kerana rogol budak bawah umur

Rakaman CCTV daripada hotel turut menunjukkan Kendall bertemu Garcia di lobi sekitar pukul 4 petang.

Sejam kemudian, Kendall kelihatan meninggalkan hotel itu seorang diri.

Suspek kemudiannya menghubungi polis dan membuat laporan palsu, kononnya mangsa mati akibat pengambilan dadah berlebihan.

Namun, pemeriksaan kesihatan mendapati tiada sebarang kandungan dadah dan alkohol dalam tubuh mangsa.

Kendall menyerahkan diri kepada pihak berkuasa pada 28 Jun dan kini ditahan dalam tahanan tanpa ikat jamin.

Dia menghadapi tuduhan bunuh dan serangan seksual. - Daily Mail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain