SEORANG lelaki berusia 58 tahun dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan merogol seorang kanak-kanak bawah umur. Tertuduh yang juga seorang jurulatih tinju turut dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Ntuzuma di Afrika Selatan atas kesalahan pengantunan seksual. Kedua-dua hukuman berjalan serentak. Mahkamah turut memerintahkan supaya namanya dimasukkan ke dalam Daftar Negara bagi pesalah seks. Menurut butiran mahkamah, mangsa rogol yang berusia 13 tahun itu merupakan pelajarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beradik lelaki ‘makan’ adik perempuan! 4 tahun dipaksa jadi pemuas nafsu darah daging sendiri! Pada awalnya, tertuduh memeluk dan mencium mangsa setiap kali mereka bertemu dalam sesi latihan tinju. Dia kemudiannya merogol mangsa dan terus melakukan hubungan seksual dengannya selama lebih setahun. Walaupun pengadu tidak memberitahu sesiapa tentang apa yang berlaku, dia merekodkan maklumat itu dalam diarinya. Pada beberapa peringkat, ibu mangsa menemui kandungan diari tersebut sebelum dia membuat laporan polis. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube