suria

Aktiviti pemburuan bertukar tragedi! Lelaki tertembak mati rakan, tak sangka peluru tembusi kepala

Senapang angin sering digunakan untuk berburu. -Gambar hiasan

AKTIVITI pemburuan burung bertukar tragedi apabila seorang lelaki secara tidak sengaja menembak rakannya yang disangka burung dengan menggunakan senapang angin.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Probolinggo, Inspektor Eko Aprianto mengesahkan mangsa yang dikenali sebagai Yusuf, 23 maut ketika dalam perjalanan ke hospital.

Menurut laporan, insiden tersebut berlaku sewaktu mangsa bersama rakan dan saudaranya pergi berburu di hutan Desa Betek, Daerah Krucil, Indonesia pada Sabtu lalu.

Suspek yang juga seusia mangsa, mengakui tertembak rakannya sebelum menyedari peluru senapang anginnya mengenai tepat ke dahi mangsa.

"Kedudukan burung merpati itu tidak terlalu tinggi.

"Jadi semasa tembakan saya melepasi sasaran, saya tidak tahu peluru itu terkena mangsa.

"Sekiranya pergi ke tempat mangsa, kedudukannya dilitupi oleh semak," jelas suspek.

Menyedari kesilapannya itu, suspek segera menghubungi rakan yang lain dan segera membawa mangsa ke hospital.

Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia dan keluarganya enggan membenarkan pemeriksaan bedah siasat dilakukan.

Malah meminta jenazah dipindahkan ke rumah pengebumian untuk dikebumikan. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain