suria

Pemuda tikam punggung jiran guna gunting, balas dendam selepas adik mengadu diganggu

Pemuda itu ditahan selepas polis menerima laporan dibuat mangsa. -Foto Muh. Amran Amir

SEORANG lelaki berusia 23 tahun ditahan polis selepas menyerang jirannya menggunakan gunting pada Isnin.

Suspek yang hanya dikenali sebagai MJ merupakan seorang warga Desa Balandai, Kota Palopo di Indonesia.

Ketua Polis Palopo, AKP Supriandi berkata kejadian bermula apabila adik suspek mengadu diserang oleh jiran mereka, Mulyanto di Jalan Cempaka, Desa Balandai pukul 8.30 malam pada Ahad.

"MJ berjumpa Mulyanto dan bertanya siapa yang memukul adiknya. Mulyanto bangun dan masing-masing saling mendesak (bergaduh)," katanya.

Katanya lagi, MJ mengambil gunting dari poket seluarnya dan segera menikam Mulyanto di bahagian punggung sebelah kiri.

Selepas mendapatkan rawatan di Hospital Mujaisyah Palopo, mangsa yang cedera melaporkan kejadian itu kepada Polis Wara Utara.

Susulan laporan diterima, Unit Siasatan Jenayah Polis Wara Utara di Jalan Camar, Kota Palopo menahan MJ untuk siasatan lanjut.

Supriadi berkata, ketika disoal siasat, MJ mengaku bersalah mencederakan Mulyanto.

Proses pemeriksaan dan siasatan masih berjalan selepas pengakuan dibuat. -AGENSI

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain