suria

Isteri maut ditetak suami guna parang, sakit hati bini cakap kasar dengan ibu

Seorang lelaki didakwa membunuh isterinya menggunakan parang. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 30 tahun tergamak membunuh isterinya kerana berang mangsa sering bercakap kasar dengan ibunya.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 29 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala, leher, tangan dan jari.

Tragedi berdarah itu berlaku Desa Kembang Sari, Kecamatan Selong di Lombok Timur, Indonesia, pada 20 Jun lalu.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Lombok Timur, AKP I Made Dharma Yulia Putra berkata, kejadian bermula apabila suspek berasa sakit hati apabila mendengar isterinya bercakap kasar dengan ibunya.

Menurutnya, suspek kemudian meminjam parang daripada bapa saudaranya sebelum pulang ke rumah untuk mencederakan isterinya.

"Selepas meminjam parang, suspek terus menetak isterinya sehingga mengakibatkan kecederaan di kepala, leher, tangan dan jari mangsa," katanya.

Suspek berdepan dengan pertuduhan membunuh dengan niat sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan dan membunuh adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -AGENSI

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain