suria

Bapa, anak baring atas landasan sambil berpegangan tangan maut digilis kereta api

Dua beranak dilihat berbaring di atas landasan sebelum digilis kereta api.

SEORANG bapa dan anak lelakinya maut digilis kereta api selepas mereka berdua berbaring di atas landasan kereta api, kira-kira 9.30 pagi Isnin.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dua individu itu, Jay Mehta, 33, dan Harish Mehta, 60 dilihat berjalan di atas platform.

Mereka kemudian turun dan mula berjalan di atas landasan, dalam kejadian di stesen Bhayandar di daerah Palghar, Maharashtra, India.

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk gempar temukan 2 mayat wanita dalam kereta... Keadaan ngeri, sudah kembung dan berbau

Apabila kereta api menghampiri, mereka berpegangan tangan dan terus berbaring di atas landasan, menyebabkan kedua-duanya maut akibat digilis.

Punca mereka mengambil nyawa sendiri masih belum dikenal pasti.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat, malah kes itu kini berada dalam siasatan pihak polis.

Kedua-dua mereka adalah penduduk Nalasopara.

Sebagai peringatan, perbuatan bunuh diri adalah satu dosa besar dan ia ditegah dalam Islam. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain