suria

Padah tipu keluarga, remaja 13 tahun maut dianiaya rakan... Minuman dicampur dadah ketamin

Mayat mangsa dipenuhi kesan muntah dan buih di mulutnya.

SEORANG remaja lelaki berusia 13 tahun maut selepas didapati mengambil dadah secara berlebihan.

Menurut laporan, remaja lelaki yang dikenali sebagai Akkarawat Tigger Phonlasen itu ditemui terbaring tidak bermaya di sofa rumahnya di Bangkok pada pagi, Ahad lalu.

Ibu saudara mangsa, Palita berkata, Tigger ada memaklumkan kepada ahli keluarga untuk berjumpa dengan rakan-rakannya di restoran barbeku pada 6 Julai.

Bagaimanapun, setibanya di rumah kira-kira pukul 9 malam, Palita mendengar mangsa berdengkur lebih kuat daripada biasa namun beranggapan Tigger alami keletihan.

Pada keesokannya, didapati mayat mangsa dipenuhi kesan muntah berbuih di mulutnya menyebabkan keluarga mangsa melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan menghubungi pihak berkuasa.

Namun katanya, Tigger tidak dapat diselamatkan.

Susulan daripada itu, mereka melakukan pemeriksaan telefon bimbit mangsa dan mengesyaki dia telah diracun oleh rakan-rakan kerana didapati telah menghadiri parti air ketum dan bukannya barbeku seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Malah mangsa juga meminta rakannya itu untuk membawakan minuman terlarang itu kepadanya.

Semasa mendapatkan keterangan daripada rakan-rakannya, mereka mengakui bahawa air ketum telah diberikan kepada Tigger serta menyuntiknya dengan dadah jenis ketamin.

Susulan itu, keluarga Tigger membuat laporan polis terhadap rakan-rakannya dan menuduh mereka membunuh dengan sengaja. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain