SEORANG lelaki maut apabila dia dirempuh sebuah motosikal pada 10.30 malam, Sabtu. Motosikal itu ditunggang oleh seorang remaja perempuan berusia 14 tahun bersama pembonceng berusia 13 tahun. Remaja itu secara tidak sengaja merempuh mangsa yang sedang duduk di tepi jalan. Mangsa yang dianggarkan berusia antara 50 hingga 60 tahun mengalami luka parah pada bahagian muka dan anggota badan. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa 2 anak ditemukan maut di Lebuhraya Elite, punca kematian kekal misteri... Waris cari bukti rakaman dashcam, mohon saksi tampil Ketika pasukan penyelamat tiba, mangsa yang juga seorang gelandangan disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Bang Lamung, Thailand. Leftenan Polis Jatesarit Sukjam dari Balai Polis Bang Lamung di Wilayah Chon Buri, turut mengesahkan kejadian itu. Jelasnya, dua remaja itu dalam perjalanan untuk pulang ke rumah. Kedua-dua mereka hanya mengalami kecederaan ringan. Kejadian tragis itu berpunca daripada keadaan gelap ekoran lampu jalan yang rosak. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube