suria

Ramalan The Simpsons ‘mengena’ lagi! Viral babak Donald Trump terbaring dalam keranda

Seorang pelayar X mendakwa siri kartun The Simpsons pernah membuat ramalan tentang serangan ke atas Trump.

BERITA mengenai cubaan bunuh ke atas bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kecoh diperkatakan di seluruh dunia.

Di platform X, seorang individu tular apabila dia mendakwa siri kartun popular The Simpsons pernah membuat ramalan tentang kejadian itu.

"The Simpsons perlu beri penjelasan. Ini bukan cerita rekaan," ciap individu itu.

Dia turut berkongsi tangkap layar salah satu episod kartun tersebut yang memaparkan babak Trump sedang berbaring di dalam keranda.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengah leka berucap, tiba-tiba Donald Trump pegang telinga berdarah... Cubaan bunuh masa kempen!

Bagaimanapun, dakwaan ini disahkan tidak berasas apabila seorang penerbit eksekutif The Simpsons menjelaskan segala ramalan melibatkan kejadian di seluruh dunia menerusi siri itu adalah palsu.

Terdahulu, media melaporkan Trump diserang dalam sebuah acara di Butler, Pennsylvania pada Sabtu.

Suspek yang kemudiannya ditembak mati dikenal pasti sebagai Thomas Matthew Crooks, 20, dari Bethel Park, Pennsylvania.

"Pegawai Perkhidmatan Rahsia AS 'meneutralkan' penembak itu yang kini sudah meninggal dunia," kata Ketua Komunikasi Perkhidmatan Rahsia AS, Anthony Guglielmi.

Trump kini berada dalam keadaan selamat dan menerima rawatan di sebuah hospital tempatan. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain