SEORANG pempengaruh (influencer) berusia 27 tahun, Aanvi Kamdar, maut selepas terjatuh ke dalam jurang ketika sedang merakam video di daerah Raigad, Maharashtra, India Aanvi yang juga meruakan akauntan bertauliah dari Mumbai berada di lokasi tarikan pelancong itu bersama tujuh rakan lain ketika insiden berkenaan. Menurut seorang pegawai polis, Aanvi yang sedang merakam video tergelincir ke dalam jurang setinggi 300 kaki, berhampiran air terjun Kumbhe. Polis dan pasukan penyelamat tempatan tiba di lokasi selepas dimaklumkan oleh rakan-rakan mangsa. Dia dikejarkan ke hospital berdekatan, namun meninggal dunia ketika menerima rawatan. Aanvi yang mempunyai kira-kira 293,000 pengikut di Instagram dikenali sebagai 'travel influencer' dan banyak membuat perkongsian mengenai pelancongan di laman sosialnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube