suria

Menyorok dalam ladang getah selepas tikam pakcik hingga maut, lelaki akhirnya serah diri kerana kelaparan

Suspek ditahan polis selepas menikam bapa saudaranya hingga maut. -Foto KhaoSod

SEORANG warga emas dari Nakhon Ratchasima, Thailand, bertindak menikam bapa saudaranya sehingga maut selepas kedua-duanya berbalah mengenai isu keluarga.

Menurut polis, insiden berlaku apabila suspek yang dikenali sebagai Supap, 60, dikatakan masuk campur dalam urusan keluarga mangsa iaitu bapa saudaranya, Somkid, 62 tahun.

Somkid kemudian menegur dan memarahi Supap, menyebabkan lelaki itu berang dan menganggap ia seperti penghinaan terhadapnya.

Supap yang sedang marah bertindak menikam Somkid, selain mencederakan dua ahli keluarga yang lain.

Dia melarikan diri selepas melakukan jenayah itu dan bersembunyi di ladang getah sejauh kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Namun, Supap akhirnya memutuskan untuk menyerah diri kepada selepas diserang sakit kepala yang teruk dan kelaparan.

Dia kini didakwa atas tuduhan cuba melakukan pembunuhan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain