SEORANG warga emas dari Luwu, Sulawesi Selatan ditahan polis atas dakwaan memperkosa seorang wanita berstatus janda ketika mangsa sedang bersendirian di rumahnya, lapor Detik. Kejadian berlaku di rumah mangsa di daerah Larompong, Luwu, sekitar pukul 10 malam, Sabtu lalu. Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Luwu, AKP Muh Saleh berkata, pelaku yang berusia 54 tahun pada mulanya mematikan meter elektrik sebelum memasuki rumah mangsa. "Pelaku pada mulanya mematikan meter elektrik di rumah mangsa. Selepas itu, dia mengopak papan dinding rumah mangsa, kemudian memanjat dan masuk melalui lubang papan dinding yang sudah terbuka," katanya. Saleh berkata, rumah pelaku dan mangsa terletak berdekatan antara satu sama lain. Pelaku kemudian bertindak memeluk mangsa yang yang tinggal bersendirian. Mangsa yang berusia 60 tahun cuba melawan namun pelaku memukul muka, lengan dan pahanya. "Mangsa yang juga warga emas tidak berdaya untuk melawan selepas dipukul. Akhirnya, mangsa diperkosa pelaku," katanya lagi. Mangsa bertindak membuat laporan polis yang kemudian membawa kepada penangkapan pelaku pada malam Isnin lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube