suria

Kejam! Lelaki tergamak tembak mati kucing bawah kereta

Suspek menembak mati seekor kucing yang berada di bawah kereta.

VIDEO seorang lelaki yang bertindak membunuh seekor kucing menjadi perhatian ramai susulan tular di media sosial.

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan suspek mengacukan pistol dan menembak kucing yang berada di bawah kereta.

Ketua Polis Semarang Barat, Indonesia, Pesuruhjaya Andre Bachtiar mengesahkan, suspek telah ditahan pada Selasa bagi membantu siasatan.

“Sejak kelmarin kami melakukan siasatan,” jelas Andre.

Tambah beliau, pihak polis turut mengambil keterangan saksi kejadian.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menjelaskan kes melibatkan penganiayaan haiwan ini masih dalam siasatan.

Sebagai peringatan, perbuatan menzalimi haiwan adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua harus menjauhinya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain