suria

Pelajar 15 tahun rebah dipukul di dada ketika latihan silat, sempat diberi minuman sebelum meninggal dunia

Bedah siasat dilakukan untuk menentukan punca kematian seseorang. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar berusia 15 tahun dari Sragen, Jawa Tengah, Indonesia meninggal dunia selepas dipukul pada bahagian dada ketika mengikuti latihan silat pada Jumaat lalu, lapor Serambinews.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Sragen, AKP Wikan Sri Kadiyono, mangsa yang bernama Jaiz Andika Putra dikejarkan ke Hospital Dr Soeratno, Daerah Gemolong, selepas tidak sedarkan diri namun nyawanya tidak dapat diselamatkan.

"Berdasarkan keterangan saksi, mangsa dipukul oleh seniornya dan dihempap pada ​​dada lalu terjatuh.

"Mangsa kemudian diberi minuman, tetapi selepas itu dia tidak sedarkan diri," katanya pada Isnin.

Ujarnya, seramai enam orang saksi yang berada di lokasi latihan telah disoal siasat.

"Mayat telah dibedah siasat di Hospital Dr Moewardi Solo dan dikembalikan kepada keluarga dan kita menunggu keputusan bedah siasat yang dijalankan pasukan perubatan," jelasnya.

Tambahnya, kes tersebut kini sedang disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Polis Sragen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain