suria

Elak kantoi dengan isteri, lelaki 'gam' 12 muka surat pasport! Sorok rekod penerbangan ke Thailand

Seorang penumpang memeriksa jadual penerbangan di lapangan terbang. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki ditahan apabila pihak imigresen mendapati 12 muka surat pasport miliknya dilekatkan dengan gam gara-gara mahu menyembunyikan rekod penerbangan sebelum ini.

Difahamkan, penumpang berusia 33 tahun itu bertindak sedemikian bagi mengelakkan rekod penerbangan terdahulu diketahui isterinya.

Susulan itu, pengendali perniagaan logistik berkenaan ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai di Mumbai, India.

Ketika kejadian, lelaki tersebut mahu menaiki penerbangan ke Thailand.

Menurut polis, dia melakukan perbuatan itu kerana enggan bertengkar dengan isterinya mengenai penerbangan berkenaan.

Dia yang tinggal di Sattara dikatakan berbuat demikian untuk menyembunyikan rekod penerbangan ke Bangkok dan sekitar Thailand sejak 2023 daripada pengetahuan isterinya.

Malah, polis turut memberitahu lelaki itu gagal memberikan penjelasan dan mengaku bahawa dia sebelum ini pergi ke Thailand bersama rakan-rakan tanpa pengetahuan isterinya. -AGENSI

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain