NIAT seorang remaja berusia 17 tahun melanggan servis pelacuran atas talian bertukar 'mimpi ngeri' apabila dia dicabul oleh lelaki yang menyamar sebagai wanita. Menurut laporan Detik, insiden berkenaan terjadi selepas mangsa yang berasal dari Pare, Kediri bersetuju untuk bertemu dengan suspek setelah melanggannya melalui aplikasi MiChat. Suspek yang menggunakan nama samaran Ajeng, kemudiannya meminta mangsa untuk bertemu di rumahnya yang terletak di daerah yang sama. Apabila mahu melakukan hubungan seks, mangsa menyedari suspek sebenarnya seorang lelaki. Mangsa kemudian merayu untuk pulang namun tidak dihiraukan malah diugut sebelum dicabul suspek. Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kediri, Fauzy Pratama berkata, mangsa bertindak membuat laporan polis bersama ibu bapanya selepas berjaya melarikan diri. Jelasnya, suspek juga mengakui merupakan polis penyamar yang sedang bertugas sebelum menuduh mangsa sebagai pengedar wang palsu di daerah tersebut. Bagaimanapun Fauzy menjelaskan, pihaknya berjaya menahan suspek yang dikenali sebagai Raymond Peter Pane, 29, pada Isnin lalu. “Mangsa mengalami trauma psikologi dan kini semakin pulih dan menjalani rawatan perubatan. "Sementara itu, suspek ditahan melakukan keganasan seksual terhadap remaja bawah umur," jelas Fauzy. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube