SEORANG warga emas dari Pathum Thani, Thailand mengaku membunuh jirannya kerana perbalahan berpanjangan disebabkan isu salakan anjing, lapor Thaiger. Suspek yang dikenali sebagai Panya, 58, membunuh jirannya, Wongduean, 61, dengan menggunakan senjata tajam sehingga kepala mangsa hampir putus. Menurut kenyataan polis pada Khamis, mereka yang tinggal berjiran pada mulanya mempunyai hubungan yang sangat baik. Bagaimanapun, isu tercetus apabila anjing di rumah Panya akan menyalak kepada Wongduean setiap kali lelaki itu melalui rumahnya. Pada hari kejadian, Wongduean dan Panya bertengkar disebabkan isu berkenaan yang akhirnya membawa kepada insiden tragis. Panya yang marah menyerang Wongduean di rumahnya dengan menggunakan parang sehingga lelaki tersebut maut. Dia kemudian pulang ke rumah dan menukar pakaiannya yang berlumuran darah, sebelum melarikan diri. Bagaimanapun Panya berjaya diberkas dan didakwa membunuh dengan niat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube