suria

Tengkorak, rangka 2 manusia ditemukan di tepi pantai... Misteri orang hilang jadi tanda tanya

Penemuan misteri di tepi sebuah pantai menggemparkan penduduk. -Gambar hiasan

PENDUDUK digemparkan dengan penemuan dua tengkorak manusia di tepi sebuah pantai.

Dua tengkorak tersebut ditemui setelah pihak polis melakukan pencarian selama beberapa hari.

Ia susulan video tular di media sosial, menunjukkan terdapat tengkorak manusia tersangkut pada pokok bakau.

Kejadian berlaku di Desa Desa Aeng Taber, Kecamatan Tanjung Bumi di Kabupaten Bangkalan di Jawa Timur, Indonesia.

Ketua Polis Sektor Tanjung Bumi, Asisten Komisioner Fery Riswantoro berkata, pencarian tengkorak tersebut dilakukan sejak Khamis lalu.

"Setelah tiga hari melakukan pencarian, akhirnya kami berjaya menemukan tengkorak tersebut pada Sabtu malam," katanya, pada Ahad.

Penemuan tengkorak tersebut bagaimanapun berbeza dengan maklumat yang tular di media sosial.

Di lokasi kejadian, ditemukan dua tengkorak berserta dengan rangka manusia.

Susulan itu, polis akan melakuan bedah siasat bagi mengenal pasti identiti tengkorak dan rangka manusia terbabit. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain