suria

Akibat suka kacau lelaki, mak nyah diperdaya lakukan hubungan sejenis… Rupanya dipukul sampai mati, mayat ditinggal tepi jalan

Mayat mangsa ditemukan oleh penduduk kampung.

POLIS kini sedang menyiasat tujuh lelaki yang didakwa membunuh seorang wanita transgender.

Berdasarkan siasatan polis Indonesia, tujuh lelaki itu berkumpul di sebuah rumah inap di daerah Bungku Tengah pada Selasa petang.

Salah seorang suspek kemudiannya memberitahu dia sering diganggu mak nyah tersebut yang bekerja di sebuah salun.

Selepas berbincang, kumpulan lelaki itu merancang untuk memberi pengajaran kepada mangsa dengan melakukan penderaan.

Salah seorang suspek menghubungi mangsa dengan berpura-pura mengajaknya berjumpa untuk melakukan hubungan seks.

Dalam pertemuan pada Rabu, mereka meminta wang daripada mangsa dan dua suspek turut memukulnya pada bahagian rahang.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekumpulan mak nyah mengamuk, serang lelaki warga asing selepas kawan kena tampar

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Morowali, Indonesia, Inspektor Agus Salim, berkata suspek tidak menyangka serangan tersebut akan menyebabkan kematian mangsa.

"Di situ berlaku aksi pukul memukul yang bertujuan memberi pengajaran, namun mereka tak sangka mangsa akan meninggal," ujarnya.

Penduduk kampung membuat laporan polis selepas mayat mangsa ditemukan di tepi jalan, berdekatan sebuah jambatan.

Kesemua suspek berjaya ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian itu.

Polis menamakan dua daripada tujuh lelaki itu sebagai suspek utama kes berkenaan.

Untuk rekod, mangsa yang dikenali sebagai Duwali atau Imel berasal dari daerah Morowali, Sulawesi Tengah, Indonesia. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube