GARA-GARA akaun permainan video Mobile Legend digodam, seorang lelaki berusia 24 tahun bertindak terjun ke laut semasa berada di dalam feri dari Banda Aceh menuju Kota Subang di Indonesia. Memetik laporan Okezone, lelaki terbabit dikatakan cuba membunuh diri kerana kecewa tidak dapat menggunakan akaun permainan video tersebut. Aksinya melompat ke laut dari kapal tersebut menjadi tular di media sosial selepas video penyelamatannya dikongsikan di laman Instagram. Berdasarkan rakaman tular, penumpang feri menjerit ketakutan selepas melihatnya terapung di laut. "Melompat dari feri, terpaksa pusing balik... mudah-mudahan dapat. "Harap dapat diselamatkan," ujar beberapa individu di dalam video tersebut. Difahamkan, feri tersebut terpaksa berpusing balik bagi menyelamatkannya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube