suria

Sesi luahan perasaan berakhir tragedi! Pesakit psikatri, kakak ditemukan maut dalam kereta

Pasangan adik beradik ditemukan maut dalam kenderaan dengan keadaan enjin dihidupkan.

PASANGAN adik beradik berusia awal 40-an ditemukan maut di dalam kenderaan di sebuah kuil di Nakhon Ratchasima, Thailand sekitar pukul 9.30 pagi, Jumaat.

Menurut pegawai penyiasat di Balai Polis Bandaraya Nakhon Ratchasima, Leftenan Kolonel Akkaradej Phengwong, kedua-dua individu tersebut berada dalam sebuah kereta jenis sedan berwarna hitam dengan keadaan keempat-empat pintu dikunci dan enjin dihidupkan di ruang dapur kuil berkenaan.

Menerusi pemeriksaan awal, mayat lelaki berada di tempat duduk pemandu manakala kakaknya di tempat duduk penumpang.

Ujarnya, pihak polis juga menemukan peralatan yang digunakan untuk pengasapan.

Tambah beliau, saksi kejadian menyatakan kenderaan mangsa dilihat memandu di sekitar kuil sejak petang, dan lelaki itu telah keluar pada satu ketika untuk membeli minuman.

Berdasarkan laporan awal daripada teman wanita mangsa, lelaki terbabit mengalami tekanan emosi yang teruk dan perlu mengambil ubat psikiatri selepas terlibat dalam kemalangan kereta yang membawa maut.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak mengambil ubat secara konsisten dan suka memperlihatkan diri dalam keadaan normal.

Mangsa disyaki menceritakan situasi dan tekanan perasaan yang dialaminya kepada kakak sebelum kedua-dua mereka berakhir dengan kematian. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain