suria

Jijik! Lelaki campur air mani dalam minuman rakan sekerja kongsi gambar di media sosial, rasa puas dapat perhatian netizen

Pekerja wanita sering menjadi mangsa gangguan seksual. -Gambar hiasan

TINDAKAN seorang lelaki memasukkan air mani ke dalam gelas air rakan sekerja wanitanya mengundang padah apabila dia dikenakan hukuman penjara kira-kira dua tahun.

Memetik laporan media Jepun, perbuatan jijik pemuda berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Rain Tokuda itu terbongkar selepas dia memuat naik gambar dan video berkaitan di laman sosial peribadinya.

Berdasarkan pendakwaan, lelaki dari Okayama Prefecture itu secara rahsia mencampurkan air maninya sendiri ke dalam gelas air dan botol berisi madu rakan sekerjanya beberapa kali dari Ogos 2023 hingga Januari 2024.

Dia didapati melakukan kegiatan tersebut sejak mula berkhidmat di pejabat syarikat pembinaan itu dari 30 Ogos 2023 hingga 17 Januari 2024.

Butiran kegiatannya bersama gambar pula disiarkan di platform X pada Februari, sehingga menarik perhatian ramai netizen dan kes pertama kali dibicarakan di mahkamah pada 22 Julai lalu.

Ketika perbicaraan berlangsung, Tokuda menyatakan bahawa tindakan tersebut hanyalan untuk memuaskan keinginan seksualnya.

Namun tidak menyangka, perkongsian tersebut menerima sejumlah besar suka, yang membuatkan dia berasa 'diterima' oleh pihak luar seterusnya memutuskan untuk berkongsi kesemua gambar kepada umum tanpa memikirkan perasaan mangsa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain