suria

Lebih 4 jam ikuti latihan tarian, 11 pelajar universiti pengsan

11 pelajar pengsan ketika mengikuti kelas tarian. -Foto KhaoSod

SERAMAI 11 pelajar universiti pengsan semasa mengikuti latihan tarian pada Rabu malam.

Kesemua mangsa merupakan penuntut sebuah universiti di daerah Chatuchak, Bangkok yang berusia antara 18 hingga 22 tahun.

Menurut saksi, latihan tarian yang diadakan di sebuah bangunan itu bermula pukul 5 petang, melibatkan kira-kira 40 peserta.

Pada pukul 9.30 malam, beberapa pelajar mula pengsan, dipercayai akibat cuaca panas serta pengudaraan yang kurang baik.

Ia ekoran sistem pendingin hawa bangunan itu yang dimatikan secara tiba-tiba.

11 pelajar itu diberikan bantuan perubatan awal sebelum mereka dihantar ke beberapa hospital berhampiran.

Daripada 11 pelajar yang pengsan, 10 adalah perempuan dan seorang adalah lelaki.

Empat pelajar perempuan dimasukkan ke Hospital Paolo Kaset, seorang dibawa ke Hospital Vibhavadi, dan pelajar lelaki bersama lima pelajar perempuan dihantar ke Hospital CGH Phahonyothin.

Latihan tarian itu diadakan menjelang persembahan bagi menyambut pelajar-pelajar baharu di universiti tersebut. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain