suria

Sarjan polis tak mengaku intip, rogol rakan sekerja... Dakwa mangsa ‘nikmati’ sesi intim bersama

Mangsa rogol biasanya berdepan trauma berpanjangan dalam hidup mereka. -Gambar hiasan

SEORANG anggota polis berpangkat sarjan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merogol rakan sekerjanya.

Tertuduh, Richard Heard, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan rogol dan tiga pertuduhan mengintip.

Tertuduh turut didakwa membuat jenaka selepas dia merogol mangsa dalam dua kejadian berasingan pada tahun 2022.

Polis dari England itu didakwa mengeluarkan ayat... "ia bukan rogol jika mangsa menikmati (seks) pada akhirnya", kata mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita maut leher dikelar di asrama, polis syak suspek dikenali mangsa

Dalam temubual polis yang dirakam pada September 2023, wanita itu berkata kejadian pertama berlaku pada Julai 2022.

Kejadian rogol kedua pula dilaporkan berlaku pada Ogos tahun yang sama.

Untuk rekod, tertuduh mempunyai dua cahaya mata dan sudah berkhidmat sebagai pegawai polis selama lebih 20 tahun.

Dia kini digantung tugas dan perbicaraan masih berlangsung. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain